top of page
Search

MEMAHAMI SUNNAHTULLAH



Perjalanan spiritual manusia terpaut erat dengan visi keyakinan dan kebanggaan akan agama yang dianuti, sama ada Islam, Kristian mahupun Yahudi.


Para penganutnya mendakwa bahawa agamanyalah yang paling benar, nabinyalah yang mendapat kuasa untuk menerima wahyu dan menjadi anutan bagi seluruh umat manusia.


Bahkan tidak sedikit orang yang berusaha untuk mewujudkan aturan yang ada dalam agamanya menjadi kaisar dalam mengatur kehidupan manusia.


Termasuk saling berperang antara penganut agama disebabkan perbezaan yang ada, baik pada simbol-simbol keagamaan dan ritualnya, mahupun perbezaan yang muncul kerana kesombongan kultus kepada sang nabi sebagai founding father.


Untuk menelusuri mengapa ada perbezaan yang mendorong vandalisme terhadap penganut agama lain, kita harus mulai daripada mencari persamaan antara ketiga-tiga agama di atas, bukan justeru mencari perbezaannya.


Kerana jika perbezaan yang dikupas, maka kita akan terpasung pada pembelaan simbol dan tokoh daripada agama yang dianuti.


Jika persamaan yang ditelusuri, sesungguhnya ada hubungan yang erat antara agama yang dianuti oleh kaum Yahudi, Nasrani mahupun Muslim, iaitu memurnikan kembali pengabdian kepada subjek yang satu.


Di mana subjek yang disebut Allah dalam bahasa Arab, begitu juga dalam bahasa umat Kristian sering disebut Allah, dan dalam bahasa Ibrani disebut Yahweh.


Sesungguhnya ketiga-tiga agama itu berbicara tentang subjek yang sama, tinggal istilah di dalamnya saja yang berbeza disebabkan perbezaan suku dan bahasa.


Maka tidaklah bijak jika mengedepankan subjek yang diabdi menurut suku dan bahasa, kerana sang Pencipta menurunkan pola hidup yang ideal melalui bahasa di mana kaum itu berada.


Demikian pula dengan kitab-kitab suci yang berulang kali diturunkan disebabkan kitab suci yang terdahulu telah dirosakkan teks mahupun pemahamannya sehingga menyimpang dengan hukum kehidupan yang fitrah.


Tetapi inti yang diajarkan dalam kitab-kitab suci tersebut sesungguhnya adalah sama; yakni membangun kembali sebuah tatanan kehidupan menurut blue print dari Sang Pencipta.


Oleh sebab itu musuh bagi kaum beragama sesungguhnya bukan kaum agama lain, tetapi orang-orang yang ingin mempelbagaikan pengabdian kepada selain Tuhan.


Mereka menciptakan alternatif pengabdian yang menyebabkan umat manusia terpecah-pecah menjadi beberapa golongan, masing-masing golongan merasa bangga dengan golongan mereka sendiri. Itulah musuh yang selalu muncul pada tiap-tiap era kenabian.


Nuh, Abraham, Musa, Yesus, Muhammad, kesemua mereka ialah aktor dari sebuah senario tentang pengembalian sistem hidup naturalistik yang sangat padan (fitrah) dengan manusia.


Sistem hidup ini telah dirosakkan oleh kesombongan manusia yang merasa dapat mengambil alih hak prerogatif Sang Pencipta sebagai penata keteraturan alam semesta berserta isinya.


Pergiliran antara sistem langit dan sistem bumi ini terjadi terus menerus selama manusia dan alam semesta ini masih ada, itulah tradisi Tuhan.


Pergantian sistem kehidupan ini dapat ditangkap daripada isyarat tentang bergantinya siang menjadi malam, adanya langit dan bumi, ada kehidupan dan ada kematian, dan tentang segala sesuatu yang berpasangan.


Segala sesuatu ada batas hidup dan ada batas matinya, ada penggantiannya. Begitu pula sistem yang Tuhan buat, ada masa jaya dan ada masa kehancurannya.


Jika ingin mengembalikan sistem Tuhan agar menjadi satu-satunya nadi utama dalam komuniti manusia maka tinggal mencontoh bagaimana dahulu para utusan-Nya dalam menegakkannya, bukan dengan menciptakan sebuah konsep baharu yang belum terbukti kesejatiannya dan cenderung spekulatif.


Para utusan-Nya berjuang untuk menegakkan kembali tradisi Tuhan yang berlaku pada kehidupan manusia. Kerana dengan memahaminya, manusia dapat menyikapi karakter alam, dapat melihat fungsi manusia terhadap keberadaan langit dan bumi, dan dapat membaca bagaimana kehidupan pada masa depan.


Penting bagi kita untuk memahami kesamaan visi dan misi dari para nabi, bagaimana perjalanan kehidupan yang ideal pernah bangkit dan pernah mati, apa penyebab kematian sebuah umat, apa yang menyebabkan sebuah umat dapat hidup kembali diangkat dari keterpurukan dan berapa lama kurun kematian dan kebangkitan.


Perlu dikupas juga tentang kesamaan subjek pengabdian daripada utusan-Nya, apa warta utama yang disampaikan para utusan-Nya, mengapa tiap-tiap nabi memiliki musuh dan apa hubungan visi dan misi mereka dengan kehidupan kita hari ini.


Jika kita tidak memahami senario perjalanan kehidupan ini, maka kita pasti akan berada pada rel yang salah dan pasti itu akan menuju kepada kehancuran dan kenistaan.

21 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page