top of page
Search

AGAMA atau DIN?



Agama ialah satu sistem yang mengatur keimanan (kepercayaan) dan ibadah kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dan aturan berhubung pergaulan manusia dengan manusia lain serta hubungan manusia dan alam sekitarnya. Kata agama berasal daripada bahasa Sanskerta yang bermaksud tradisi.


Kata lain untuk menyatakan konsep ini ialah religi yang berasal daripada bahasa Latin iaitu religion yang berakar pada kata kerja re-ligare yang bererti mengikat kembali dalam hubungan seseorang dalam mengikat dirinya kepada Tuhan.


Agama mengandungi fahaman atau ajaran yang mengandungi tiga unsur pokok iaitu manusia, penghambaan dan Tuhan.


Kata Agama

Secara lebih umum, agama dikatakan sebagai aturan lengkap dan peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan “dunia ghaib” (khususnya dengan Tuhannya), mengatur hubungan manusia dengan manusia lainnya dan mengatur hubungan manusia dengan alam sekitarnya.


Secara khusus, agama didefinisikan sebagai sistem kepercayaan yang dianuti dan tindakan yang dimanifestasikan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam menafsirkan dan menanggapi apa yang dirasakan dan diyakini sebagai sesuatu yang ghaib dan suci.


Karakter dasar agama telah melahirkan berbagai-bagai macam agama di beberapa negara bangsa di dunia. Contoh agama-agama di dunia meliputi Islam, Kristian, Katolik, Hindu, Buddha, Konfusianisme, Alluk Todolo, Baha'i, Druze, Jainisme, Kaharingan, Kejawen, Konfusianisme, Kristian Ortodoks, Marapu, Mormonisme, Pentakosta, Parmalim, Protestan, Raelianisme, Saintologi, Shinto, Sikh, Taoisme. Tollotang, Yahudi, Zoroastrianisme dan sebagainya.


Inilah beberapa jenis agama yang mempunyai sistem kepercayaan, simbol, amalan, pengalaman agama dan umat beragama menurut keyakinan penganut masing-masing.


Satu lagi ciri asas kewujudan agama ialah sistem kepercayaan pada yang ghaib yang bersifat khayalan dan abstrak. Kecenderungan untuk membangun keimanan dalam agama ialah untuk menafikan akal sihat demi sesuatu yang tidak rasional. Dalam dogma agama, segala sesuatu yang semakin tidak masuk akal harus semakin diimani oleh pengikutnya.


Itulah hujah utama kebanyakan agama yang menyebabkan kecenderungan agama mainstream (arus perdana) untuk tidak berfikir secara rasional, ilmiah dan objektif dalam mempercayai konsep pengajaran tertentu daripada agama tersebut.


Padahal, Allah, Tuhan Yang Esa, menyelar mereka yang tidak menggunakan akal fikirannya dalam membina keimanan kepada-Nya. Hal ini dinyatakan-Nya secara jelas dalam surat Yunus (10) ayat 100 sebagai berikut:

وما كان ينفي أن تؤمن إلا بإذن الله وجعل آلوج على الذين لا يعقلون

Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.


Akal merupakan instrumen utama bagi manusia untuk mengenal Sang Pencipta. Sekiranya akal selaku medium untuk mengetahui ilmu-Nya telah dibelenggu oleh fahaman-fahaman yang tidak rasional, maka orang-orang beragama akan jauh daripada kebenaran yang sebenarnya.


Mereka tidak akan beriman kepada Allah dengan benar jika tidak menjalankan fungsi akal fikirannya. Padahal, iman harus dapat dijelaskan dengan akal sihat sebagai sesuatu yang rasional dan fitrah bagi manusia.


Sayangnya, agama telah membunuh akal sihat dan membuat manusia tidak mengetahui kebenaran hakiki, kecuali hanya berimaginasi tentang Tuhannya yang diamalkan dengan berbagai macam ritual keagamaan.

Semakin banyak aliran agama, maka semakin banyaklah definisi dan gambaran tentang Tuhan.


Selanjutnya, kesan akidah yang berbeza antara agama telah menciptakan ritual dan simbol yang berbeza-beza tanpa suatu nilai hakikat yang universal.


Agama tidak memiliki Ruh

Agama tidak memiliki ruh kebenaran sejati sebagai sistem untuk menyejahterakan umat manusia. Peperangan antara negara, salah satu penyebabnya ialah kerana perbezaan kepercayaan agama.


Padahal, Tuhan yang dimaksudkan oleh semua ajaran agama sebenarnya adalah satu, iaitu Allah, Tuhan Semesta Alam yang dikenal dengan berbagai macam sebutan menurut bahasa di mana agama itu lahir.


Malangnya, para pemimpin agama sebenarnya memperkenalkan Tuhan dengan secara sektarian (bermazhab-mazhab). Mereka saling mendakwa bahawa agamanyalah yang paling benar tetapi tidak bersedia untuk diuji kebenarannya.


Pemimpin agama merasakan bahawa mereka mengenal Tuhan dengan lebih baik dan mengetahui selok-belok agama, walaupun mereka sendiri bertindak tidak berdasarkan firman Tuhan dalam Kitab Suci yang diajarkan oleh mereka.


Agama hanyalah institusi yang mengajarkan amalan penyembahan tetapi tidak memahami nilai-nilai penting dan universal daripada ajaran Tuhan Semesta Alam.


Dalam kisah Bani Israel, para pemimpin agama yang tidak melaksanakan perintah-perintah Allah diumpamakan-Nya seperti keldai. Perhatikan firman Allah dalam surat Al-Jumu’ah (62) Ayat 5

ٱلَّذِينَ حُمِّلُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ ثُمَّ لَمۡ يَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢا‌ۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab- kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.


Para pemimpin agama selalu mengaku sebagai orang yang paling takut (bertakwa) dan selalu bertasbih kepada Allah tetapi kehidupan keagamaannya bukan untuk menegakkan perintah dan hukum Allah.


Mereka sesat dalam membaca dan memahami inti pati Kitab Suci sehingga mereka tidak mengajarkan manusia untuk hidup secara benar berdasarkan sistem (Din) Allah. Sebaliknya, mereka justeru mengajarkan fahaman yang bertentangan dengan ilmu Allah yang rasional dan objektif.


Para ulama mentafsirkan ayat-ayat Allah menurut hawa nafsu demi kepentingan diri, kelompoknya, bangsanya bahkan partinya sehingga menghasilkan dogma yang tidak rasional dan tidak pasti.


Kesan daripada pemahaman imaginasi atau khayalan kaum agama dalam membangun iman memberi kesan sistemik dalam hidup dan kehidupan mereka. Mereka akan cenderung mempersiapkan diri menyambut kehidupan setelah mati dan mengabaikan kehidupan di dunia.


Mereka berpandangan bahawa hidup di dunia hanyalah sesaat, sementara kehidupan selepas mati di akhirat adalah bersifat abadi. Mereka berlumba-lumba mencari pahala tetapi mengabaikan untuk berbuat baik antara sesama manusia.


Pemahaman agama yang hanya berorientasi kepada kehidupan abadi (setelah mati) menjadikan manusia tidak memikirkan konsep hidup yang benar di dunia. Kita harus berani berfikir sedikit nakal dan anti-mainstream dalam memahami konsep hidup yang benar.


Kesimpulannya, Tuhan tidak pernah mencipta agama, tidak pernah menurunkan agama, malah dengan adanya agama, manusia berpecah-belah dan terkotak-kotak. Yang diturunkan Tuhan ialah konsep hidup yang benar yang di dalam Al-Quran diistilahkan dengan nama AD-DIN.

3 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page